Syarat Penyertaan
» Sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang inovasi, boleh berhubung dengan En. Irwan ditalian 011-32327332.
- Penyertaan kepada 30 kumpulan (pelajar / staf/ pensyarah). Maksima tiga (3) orang bagi setiap kumpulan.
- Setiap penyertaan produk inovasi TIDAK boleh melebihi TIGA (3) orang peserta.
- Setiap kumpulan peserta perlu menghantar maklumat penyertaan dengan mengisi kesemua maklumat yang dikehendaki semasa proses pendaftaran secara online melalui laman web ini pada atau sebelum 20 Mac 2019 beserta dengan fail yang perlu dimuatnaik iaitu:
- Abstrak (format .doc atau .docx)
- Poster (format .ppt atau .pptx)
- Laporan (format .doc atau .docx)
- Pembentangan hendaklah menggunakan POSTER BERSAIZ A3 yang dicetak sendiri dan hendaklah dipamerkan di atas meja pameran dan dipersembahkan dalam tempoh 10 minit sahaja.
- Perserta yang telah mendaftar DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan sebelum 20 Mac 2019. Sekiranya ada perubahan ke atas nama ahli kumpulan, tajuk inovasi atau kategori inovasi, kumpulan peserta diminta untuk memuatnaik semula fail abstrak, poster dan laporan terkini.
- Panel hakim akan terdiri dari mereka yang berkelayakan dalam bidang yang di pertandingkan. Keputusan pertandingan akan ditentukan oleh panel hakim dan keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.